Roma Mahu Dapatkan Khidmat Fabregas Secara Pinjaman - Bola Sepak | mStar

Roma Mahu Dapatkan Khidmat Fabregas Secara Pinjaman

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 11:14 PM

(Ubah saiz teks)

LAPORAN media Itali mendakwa Roma menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas secara pinjaman pada Januari depan.

Bekas pemain Arsenal itu jarang disenaraikan dalam skuad utama Chelsea musim ini.

Dia hanya beraksi dalam lapan perlawanan dan menjaringkan dua gol sepanjang musim ini.

Menurut TeleRadioStereo di Rome, The Giallorossi telah meluahkan hasrat kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat Fabregas selama enam bulan.

Malah, Milan turut berminat untuk memburu khidmat Fabregas secara pinjaman ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan.





Tags / Kata Kunci: Cesc Fabregas , Roma , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan