Guardiola Enggan Bergantung Pada Aguero, Fernandinho

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 8:38 AM

GUARDIOLA yakin anak buahnya mampu menewaskan Leicester City dalam pertemuan awal pag 11 Disember 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mencabar pemainnya untuk menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City tanpa perlu bergantung kepada beberapa pemain bintangnya yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Skuad The Citizens itu tempang tanpa khidmat Sergio Aguero, Fernandinho dan Nicolas Otamendi apabila berkunjung ke Stadium King Power pada awal pagi Ahad.

Namun Guardiola percaya pasukannya mampu menggalas tanggungjawab tersebut dan jangan terlalu mengharap khidmat tiga pemain tersebut.

"Kita memiliki pemain lain dan tidak perlu mengeluh atau memberi alasan tidak boleh menang tanpa Aguero atau Fernandinho.

"Kita perlu mencari penyelesaian dan sebab itu kita akan menggunakan pemain yang sedia ada untuk memenangi perlawanan tersebut," katanya.

Walaupun pernah kehilangan khidmat Aguero, Manchester City masih mampu beraksi dengan baik dalam tiga perlawanan ketika penyerang kelahiran Argentina itu digantung tiga perlawanan sebelum ini.

Malah statistik menunjukkan pasukan itu hanya tewas dua kali dalam 23 perlawanan tanpa Aguero kerana pemain muda kelab tersebut, Kelechi Iheanacho dan bintang Belgium, Kevin De Bruyne mampu mengisi kekosongan di bahagian penyerang.

"Ya dia (Iheanacho) adalah penyerang kami. Satu-satunya penyerang yang saya ada.

"Dia memiliki kemahiran yang bagus untuk menjaringkan gol dan saya menagih khidmatnya," kata Guardiola.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan