Origi Dedah Punca Tolak Tawaran Manchester United

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 8:26 AM

Origi ketika beraksi menentang AFC Bournemouth pada minggu lalu. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

PENYERANG muda Liverpool, Divock Origi mendedahkan dia pernah menolak tawaran Manchester United ketika masih bergelar sebagai pemain remaja.

Menurut pemain berusia 21 tahun itu, dia menerima tawaran tersebut daripada Red Devils ketika berumur 15 tahun, sebaliknya memilih kelab Perancis, Lille.

Malah Origi turut menolak peluang untuk menyertai Bayern Munich dan menyertai Liverpool pada 2014.

"Saya memulakan karier ketika menyertai pasukan kebangsaan bawah 16 tahun.

"Ketika itu, ramai peninjau bakat dari kelab besar bertemu dengan ayah saya. Saya mengetahui beberapa kelab besar dari Itali, Jerman dan England termasuk Manchester United mahu mendapatkan khidmat saya.

"Saya kemudiannya memilih Lille sebagai destinasi kerana di situ bintang Chelsea, Eden Hazard mengembangkan kariernya sehingga menjadi pemain bertaraf dunia," katanya.

Origi turut mendedahkan sebab utama dia memilih Liverpool untuk meningkatkan lagi kualiti permainannya.

"Banyak tawaran yang saya terima termasuk Bayern Munich tetapi apabila tiba di Liverpool, saya tertarik dengan kemudahannya dan bersemuka dengan Brendan Rodgers (pengurus Liverpool ketika itu.

"Saya tahu kelab itu sesuai dengan diri saya. Apabila kami ke Malaysia untuk perlawanan persabahatan, saya dapat melihat bagaimana pemain hebat mengekalkan tahap permainan, sikap profesional dan tanggungjawab mereka," katanya.


Tags / Kata Kunci: Divock Origi , Liverpool , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan