Mkhitaryan, Ibrahimovic Tempatkan Man United 32 Terakhir Liga Europa

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 7:40 AM

Henrikh Mkhitaryan memberikan gol pertamanya pada perlawanan Liga Europa antara Manchester United dan Zorya Luhansk di Stadium Odessa, Ukraine awal pagi Jumaat. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

GOL babak kedua dari Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic sudah cukup membuatkan Manchester United mara ke peringkat 32 pasukan terakhir dalam saingan Liga Europa.

Dalam perlawanan menentang pasukan Zorya Luhansk di Stadium Odessa, Ukraine awal pagi Jumaat, Mkhitaryan dan Ibrahimovic membuat jaringan pada minit ke-48 dan 89'.

Bagaimanapun, kelab di bawah pimpinan Jose Mourinho itu menamatkan kedudukan pada tangga kedua dalam Kumpulan A liga, di belakang Fenerbahce.

Mkhitaryan membuka perlawanan babak kedua menerusi jaringan pada tiga minit pertama.

Ia sekaligus menjadikan gol pertama buat pemain kelahiran Armenia itu dalam 11 permainan sejak penghijrahannya dari kelab Borussia Dortmund pada musim panas.

Paul Pogba pula membantu Ibrahimovic dengan lontaran yang sangat kemas untuk jaringan kedua pada minit ke-88.

Ia merupakan gol ke-13 buat pemain kelahiran Sweden itu pada musim ini, dan juga ketujuh dalam enam permainan terakhirnya. - Eurosport


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan