FAM Penentu Masa Depan PKNS FC

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peluang PKNS FC untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Football Limited Liability Partnership Malaysia (FMLLP) mengesahkan skuad Semut Merah menepati tarikh penyertaan seperti yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam ketika ditemui media di sini pada Jumaat, berkata, pasukan PKNS FC tidak akan dikenakan tindakan kerana melanggar tarikh penyertaan.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya telah memanjangkan kesemua dokumen yang diberikan PKNS FC kepada FAM untuk pengesahan satu daripada dokumen tersebut iaitu surat penggabungan daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

"Kita meminta FAM beri pengesahan tentang surat penggabungan itu dan mereka memaklumkan memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan perkara itu sama ada lewat hari ini (Jumaat) atau awal minggu depan.

"Jika pengesahan itu diterima, maka PKNS FC akan didaftarkan (dalam Liga M) secara rasmi," katanya.

Mengulas tentang peluang PKNS FC untuk menerima kelulusan daripada FAM, Kevin berkata, hanya FAM sahaja yang boleh mengesahkan perkara itu.

"Bagi saya, peluangnya kukuh tetapi perkara itu (penggabungan) masih perlu diteliti oleh FAM," ujarnya.

Kemelut PKNS FC bermula apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membantah penyertaan naib juara Liga Perdana itu ke Liga M pada musim depan kerana pasukan tersebut didakwa menggunakan 'jalan belakang' apabila menghantar permohonan menyertai Liga Super kepada FMLLP tanpa melalui FAS yang merupakan badan induk kepada kelab berkenaan.

Sehubungan itu, FMLLP memberi tempoh seminggu bermula Khamis lepas kepada PKNS FC untuk menyelesaikan kemelut itu agar membolehkan skuad Semut Merah menyertai Liga Super tanpa sebarang masalah.

Namun pada Rabu, PKNS FC mengumumkan menjadi ahli gabungan di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBSMS) selain mendapat sokongan daripada PBSMM untuk menyertai Liga M pada musim depan.

Secara teknikalnya, PKNS FC kini bernaung di bawah dua persatuan bola sepak iaitu FAS dan PBSMS, dan FAM difahamkan perlu meneliti sama ada tindakan skuad Semut Merah itu dibenarkan mengikut peraturan badan induk bola sepak itu.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , PKNS FC , FAM , PBSMM , PBSMS , Kevin Ramalingam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan