Dortmund Bangkit Ikat Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 7:46 AM

Karim Benzema (dua, kiri) selepas menjaringkan gol pada perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund di Stadiuma Santiago Bernabeu di Madrid, awal pagi Khamis. Foto AP

(Ubah saiz teks)

GOL minit akhir pemain pasukan lawan Marco Reus menjadikan Real Madrid terpaksa terikat seri 2-2 dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara ketika menentang Borussia Dortmund.

Di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi Khamis, Borussia Dortmund cuba menyamakan kedudukan pada saat kritikal apabila Real Madrid hampir memperoleh kemenangan 2-1 sebelum itu.

Karim Benzema mencatatkan jaringan berganda buat Real Madrid pada minit ke-28 dan 53'.

Tujuh minit kemudian, penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada minit-60.

Gol saat akhir Bourssia Dortmund pula menerusi aksi Marco Reus.

Keputusan itu bakal menyaksikan Real Madrid menyertai Bayen Munich untuk bersaing dengan Arsenal dan Leicester selepas kedua-dua kelab Inggeris itu mendahului kumpulan masing-masing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan