PKNS FC Kemuka Penyertaan Liga M

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Perdana 2016, PKNS FC hari ini mengemukakan semula pengesahan penyertaan dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2017 kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang juga pentadbir utama liga berkenaan.

Presiden PKNS FC Siti Zubaidah Abd Jabar dalam satu kenyataan, memaklumkan penyertaan mereka dalam Liga-M musim depan, mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berlandaskan peraturan sedia ada.

Untuk rekod, PKNS FC bersetuju menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) berkuatkuasa Rabu, setelah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebelum ini, dilaporkan tidak bersetuju dengan penyertaan kelab berkenaan dalam Liga-M musim depan.

"Kesudian Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor khasnya melalui Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia menyokong pasukan PKNS FC menyertai Liga Malaysia 2017 seharusnya dipandang tinggi semua pihak sebagai sebuah persatuan berjiwa besar dan mempunyai semangat kesukanan tulen dalam memperluaskan perkembangan bakat bola sepak khususnya di Selangor," kata Siti Zubaidah.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan persetujuan PKNS FC untuk menjadi ahli gabungan kepada PBMS tidak akan menjejaskan aspirasi dan matlamat yang sekian lama terpahat dalam dada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang komited ke arah pembangunan bola sepak di Selangor.

"Menjadi harapan kami dan saya percaya ia juga menjadi harapan semua peminat bola sepak dari seluruh negara ingin melihat pasukan PKNS FC turut memberi saingan dalam Liga Malaysia 2017 di samping pasukan-pasukan lain," katanya.

Media sebelum ini, melaporkan FAS tidak bersetuju dengan penyertaan PKNS FC dalam Liga-M 2017 kerana kelab berkenaan dikatakan menghantar permohonan rasmi terus kepada FMLLP tanpa melalui FAS terlebih dahulu.

Artikel 4.1.3(I) Liga-M mensyaratkan hanya pasukan kelab yang dicalonkan dan disokong persatuan bola sepak negeri dan mematuhi peraturan FAM, layak menyertai Liga-M. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PKNS FC , FMLLP , Siti Zubaidah Abd Jabar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan