Bola Sepak Malaysia 'Bersih' - Bookie

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 10:31 PM

Wilson Raj Perumal

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: "Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul dan sangat 'bersih'," menurut bookie warga Singapura yang kini dalam tahanan rumah, Wilson Raj Perumal.

Memetik Channel NewsAsia, Perumal menafikan dakwaan Malaysia telah mengambil alih kedudukan Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di rantau Asia Tenggara seperti yang didakwa bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton, bulan lepas.

"Kegiatan mengatur perlawanan bukan sahaja berlaku di Asia Tenggara. Ia juga  menular di Rusia, Latvia, Lithuania dan Estonia. Persatuan bola sepak negara-negara terbabit sibuk menangani masalah itu.

"Eaton perlu membuktikan dakwaannya terhadap negara-negara berkenaan dan bukan membuat tuduhan tidak berasas," kata Perumal yang mempunyai buku autobiografi berjudul "Kelong Kings: Confessions of the world's most prolific match-fixer".

Pada 8 November lepas, Eaton dilaporkan berkata Malaysia kini mengambil alih tempat Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara selepas pihak berkuasa republik itu serius membendung gejala itu.

Menurut Channel NewsAsia, Perumal akan dibebaskan daripada tahanan rumah di Hungary dan dihantar pulang ke Singapura tahun depan.

Lelaki berusia 51 tahun itu yang dipercayai terbabit mengatur lebih 100 perlawanan di seluruh dunia, kini berpangkalan di Budapest sejak 2012 di bawah program perlindungan saksi, kerana membantu siasatan terhadap penularan rasuah bola sepak di seluruh dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebelum ini dilaporkan, menafikan Malaysia menjadi pusat mengatur perlawanan di Asia Tenggara, sambil menegaskan tiada bukti kukuh yang diterima berhubung dakwaan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Bookie , Wilson Raj Perumal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan