Sanchez Minta Gaji Tinggi Selepas Ditawar RM2.24 Juta Seminggu - Bola Sepak | mStar

Sanchez Minta Gaji Tinggi Selepas Ditawar RM2.24 Juta Seminggu

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 8:05 AM

Alexis Sanchez. Foto AP

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dikejutkan dengan permintaan gaji pemain Alexis Sanchez sekiranya mahu mengekalkannya dalam kelab itu, selepas pemain tersebut mendapat tawaran sebanyak £400,000 seminggu (RM2.24 juta seminggu) dari China.

Sportsmail mendedahkan penyerang berusia 27 tahun itu dibanjiri dengan pelbagai tawaran dari Liga Super China.

Kebanyakan kelab sedia membayar beliau dengan £260,000 seminggu (RM1.45 juta seminggu) selepas cukai.

Arsenal kini dalam rundingan bersama Sanchez untuk melanjutkan kontrak pemain itu yang berbaki 18 bulan.

Bagaimanapun, Arsenal menyedari mereka tidak dapat menghampiri jumlah yang ditawarkan China, tetapi wakil Sanchez menggunakan tawaran dari negara Republik itu untuk meminta gaji lebih tinggi dari kelab The Gunners, atau mana-mana yang lain di Eropah.

Ketika ini, Sanchez memperoleh £130,000 seminggu (RM726,176 seminggu) dan boleh menjangkakan tawaran baharu bernilai £200,000 seminggu (RM1.12 juta) sebelum cukai.

Jika ia berlaku, sekaligus menjadikan Sanchez sebagai pemain Arsenal yang menerima bayaran paling tinggi. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan