Tony Fernandes Akui Belum Layak Terajui FAM

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 7:18 AM

Tony Fernandes.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: "Saya belum layak untuk duduki kerusi Presiden FAM," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Menurut Fernandes, beliau perlu membangunkan bola sepak tempatan terlebih dahulu bersama kelabnya Petaling Jaya Rangers FC (PJ Rangers) sebelum memegang jawatan dalam badan induk bola sepak negara ini.

"Buat masa ini saya belum cukup mengenali bola sepak tempatan. Biar saya tumpukan kepada PJ Rangers terlebih dahulu.

"Saya fikir sekarang bukan masa sesuai untuk menjadi presiden.  Dan jika berjaya menghasilkan sesuatu yang bagus kelak, kenapa tidak?

"Bola sepak adalah darah daging kami. Kami sayang bola sepak," jelasnya selepas majlis pengenalan pemain-pemain serta pengurusan pasukan AirAsia FC yang kini ditukar nama sebagai PJ Rangers FC lewat petang Selasa.

Bagaimanapun Fernandes berharap bakal presiden baharu FAM mempunyai pengetahuan mendalam tentang bola sepak.

"Biarlah presiden itu bukan individu yang sekadar masuk ke FAM, bukan menteri, bukan ahli perniagaan atau berkaitan.

"Ia perlu diisi oleh seseorang yang benar-benar memahami bola sepak dan pembangunan sukan ini.

"Yang mempunyai semangat dan boleh memberi fokus  24 jam tujuh hari seminggu dan cukup kuat tanpa sebarang pengaruh politik serta melakukan perkara yang betul untuk bola sepak," katanya.

Tambah beliau,  Malaysia mempunyai pemain-pemain yang bagus, sama seperti pasukan lain.

"Misalnya ketika skuad Bawah 16 Tahun  ke Manchester United, pasukan kita berjaya mengalahkan mereka," katanya yang  memuji apa yang telah dilakukan kelab JDT.

Bagi pemilik kelab bola sepak Inggeris Queens Park Rangers Ini, apa yang penting, seorang presiden persatuan bola sepak itu perlu memahami permainan itu serta mampu menimbulkan keghairahan dalam sukan ini," jelasnya.

Pada September lalu, Fernandes membuat pengakuan bahawa beliau sedia pertimbangkan untuk menjadi presiden FAM.

Kerusi panas FAM itu bakal dikosongkan oleh penyandangnya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memilih untuk berundur pada kongres tahunan FAM, 25 Mac depan.


Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , FAM , PJ Rangers FC

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan