PKNS FC Bernaung Di Bawah PBMS

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) mengambil keputusan bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) bagi membolehkan beraksi dalam Liga Malaysia 2017.

Pengarah Operasi PKNS FC, Faisal Zakaria berkata pihak pengurusan pasukan terpaksa melakukan keputusan drastik itu kerana tarikh tutup penyertaan Liga-M musim depan pada Jumaat ini.

Beliau berkata ketika ini, PKNS FC masih di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), namun badan gabungan itu masih belum membuat keputusan kedudukan PKNS FC dalam saingan Liga Super musim depan.

Faisal menjelaskan pasukan itu memerlukan masa 30 hari sekiranya mahu keluar daripada FAS berikutan tarikh tutup penyertaan musim depan semakin hampir dan pihak pengurusan terpaksa memilih jalan keluar dengan bernaung di bawah PBMS.

"Pada masa ini, PKNS FC masih di bawah naungan FAS, pihak kami juga belum memberi notis kepada FAS, surat hanya diberikan kepada FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

"Dalam situasi suntuk seperti ini, kami perlu mencari ahli gabungan lain (iaitu satu negeri) yang membolehkan pasukan PKNS FC beraksi dalam Liga Super tahun depan," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Rabu.

Faisal berkata FAS secara tidak rasmi sudah mengetahui mengenai perkara tersebut.

Katanya hubungan PKNS FC dan FAS tiada masalah dan keputusan beralih kepada PBMS adalah demi menyelamatkan kedudukan pasukan PKNS FC dalam Liga Super.

Beliau berkata tidak akan timbul soal pengesahan penyertaan PKNS FC dalam Liga-M musim depan kerana keputusan ditentukan FMLLP.

"Sebelum kami memutuskan perkara ini, kita telah kaji dan mencari maklumat tentang pertukaran naungan ini. Tindakan kami tidak melanggar peraturan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS Rosman Mohd Ibrahim berkata terpulang kepada PKNS FC sekiranya mereka mahu beralih kepada PBMS.

"Sekiranya PBMS menerima, itu terpulang kepada PKNS FC dan terpulang kepada FAM sama ada PKNS FC boleh beraksi musim depan atau tidak. Kalau mereka mahu keluar FAS..kita tidak boleh buat apa.

"Kita akui memang satu kerugian PKNS FC keluar daripada FAS. Presiden FAS tidak memberitahu kedudukan PKNS FC, kami anggota Exco juga tidak dapat melakukan sebarang keputusan," kata Rosman.

Tags / Kata Kunci: PKNS FC

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan