Hatrik Perez Bantu Arsenal Benam Basel

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 7:53 AM

Perez meraikan kejayaan pasukan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik bersama Ozil.

(Ubah saiz teks)

ARSENAL mara ke kelompok 16 pasukan terakhir selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan Basel 4-1 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Sankt Jakob-Park, awal pagi Rabu.

Namun pasukan lawan harus berterima kasih kepada Ludogorets yang berjaya mengikat PSG 2-2 di Paris dalam satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A.

Anak buah Arsene Wenger hanya mengambil masa seawal lapan minit untuk membuka jaringan menerusi Lucas Perez yang baharu sahaja kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Arsenal terus mendahului dengan selesa apabila Perez sekali lagi menyempurnakan hantaran Mesut Ozil lapan minit kemudian.

Perez melengkapkan hatriknya pada minit ke-47 sebelum Alex Iwobi menjaringkan gol pertamanya pada musim ini selepas merembat masuk hantaran kemas Ozil, enam minit kemudian.

Biarpun jauh ketinggalan, Basel bangkit menerusi gol tunggal Seydou Doumbia yang diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-78.

Arsenal menyedari mereka perlu mengelak diundi bertemu Barcelona dan Monaco yang menyingkirkan mereka pada dua musim sebelum ini, selain Atletico Madrid dan Napoli pada undian yang dilakukan pada Isnin.

Namun mereka mungkin bertemu Bayern Munich sekali lagi seperti musim 2013 dan 2014, selain antara Borussia Dortmund atau Real Madrid.

Wenger bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang disifatkan sebagai begitu komited dan menyakinkan.

"Kami beraksi dengan cara yang lebih menyakinkan dan pemain kelihatan amat komited.

"Saya fikir Perez bijak mengambil setiap peluang dan kami turut mencipta beberapa peluang. Dia adalah penjaring gol, anda tahu mengenainya. Dia berjaya membuktikannya pada malam ini," kata Wenger.




Tags / Kata Kunci: Arsenal , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan