CAS Tolak Rayuan Blatter

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

SEPP Blatter terpaksa menerima hakikat hukuman penggantungan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak kekal enam tahun selepas rayuannya ditolak Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Blatter,80, dari Switzerland adalah presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dari 1998 hingga 2015.

Dia digantung sehingga 2021 ketika usianya mencecah 85 tahun. Malah Blatter juga diarah membayar denda 50,000 Swiss francs (RM220,138) .

Blatter dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Mitchel Platini dijatuhkan hukuman pada Disember 2015.

Blatter  membuat pembayaran 1.3 juta pound (RM7.4juta) kepada Platini pada  2011.

Kedua-dua mereka membantah dan mendakwa pembayaran itu dibuat kepada  Platini bagi tugasnya sebagai perunding kepada Blatter di antara 1999 dan 2002.

Blatter menyifatkan CAS sebagai badan yang 'sukar difahami.

"Saya maklum terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Timbang Tara Sukan.

"Keputusan memang dijangka berdasarkan cara kes ini dijalankan.

"Apa yang saya tidak faham adalah wujudnya persetujuan secara lisan di antara Fifa dan Michel Platini yang sangat jelas walaupun testimoni saya berbeza dengan saksi. Protokol UEFA juga memberitahu bahawa perjanjian ini dikira.

"Tempoh 41 tahum bersama Fifa, banyak pengalaman yang saya lalui. Paling banyak yang dipelajari adalah anda boleh menang dalam sukan, tetapi anda juga boleh kalah.

"Dalam perkara ini, saya perlu menerima keputusan (penggantungan sebagai presiden Fifa) walaupun sukar untuk mengikutnya, kerana ia tidak menggunakan prinsip bidang kuasa iaitu kesalahan perlu dibuktikan oleh pendakwaraya.

"Bagaimanapun, saya imbas kembalj beberapa tahun ini, dan saya menyedari bahawa Fifa hanya membuat keputusan dengan satu baris kenyataan," ujar Blatter dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu jurucakap Fifa berkata : " Fifa  telah mengambil perhatian terhadap keputusan yang dibuat CAS ini."

Sebagai rekod, penggantungan Blatter dan Platini telah dikurangkan dari lapan tahun ke enam tahun oleh Fifa Februari lalu.

Pada Mei lalu, Platini telah membawa kes ini ke CAS dan mendapat pengurangan dua tahun  sekaligus menjalani penggantungan empat tahun sahaja.

Blatter kemudiannya turut mengikut langkah Platini , namun gagal dalam rayuannya itu dan kekal untuk tempoh enam tahun.

CAS berkata, Blatter telah membuat permintaan supaya hukumannya ditarik balik, bukannya untuk pengurangan walaupun  tiga panel menjelaskan bahawa hukuman itu adalah seimbang.

Tags / Kata Kunci: Sepp Blatter , Fifa , Platini

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan