Bola Sepak Orang Pekak: Malaysia Benam Vietnam 4-0

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 8:21 PM

bola
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN 2016 penuh bergaya selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Isnin.

Pada aksi di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN) itu, skuad negara mendahului 1-0 sebaik berakhir babak pertama, dengan gol dijaringkan Edelson Dell Evaristus pada minit ke-24.

Babak kedua bersambung menyaksikan Malaysia terus menguasai perlawanan sehingga dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Aqif Ikhwan pada minit ke-74, sebelum Razilawali meledak dua gol pada minit ke-79 dan 90 untuk mengesahkan kemenangan pasukan negara.

Malaysia akan bertemu Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan B, Rabu ini, manakala Vietnam dijadual menentang Myanmar pada Selasa.

Sementara itu, dalam aksi pembukaan Kumpulan A menyaksikan Thailand mencatat kemenangan besar membelasah Kemboja 14-0, manakala Indonesia menundukkan Laos 6-4.

Thailand dijadual bertemu Laos, sementara Kemboja akan menentang Indonesia di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada aksi kedua Kumpulan A pada Selasa.

Kejohanan dari 4 hingga 10 Disember itu merupakan kejohanan julung kali diadakan di peringkat ASEAN dalam usaha membuktikan orang pekak juga mampu menganjurkan temasya sukan serta bersukan seperti orang normal. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan