Bukan Salah Penjaga Gol - Klopp

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 11:54 AM

Aksi Loris Karius menangkap bola ketika pasukannya, Liverpool tewas 3-4 kepada Bournemouth pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality pada 4 Disember 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool enggan menyalahkan penjaga golnya, Loris Karius atas kekalahan mengejut 3-4 kepada pasukan kerdil Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad.

Walaupun skuad The Reds dilihat selesa mendahului 2-0 pada aksi separuh masa pertama, namun dua kesilapan mudah Karius mengundang kritikan legenda kelab itu, Jamie Carragher yang mnyifatkan penjaga gol terbabit tidak cukup bagus buat Liverpool.

Karius gagal menangkap kemas percubaan Steve Cook pada minit-minit akhir perlawanan sebelum Nathan Ake menolak mudah bola ke dalam gawang gol memastikan kemenangan dramamtik Bournemouth yang terpaksa bangkit selepas ketinggalan sebanyak dua kali.

Malah kegagalan Farius untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas percubaan Ryan Fraser juga mengundang kritikan walaupun ketika itu Liverpool mendahului 2-1.

"Sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini yang menyaksikan Liverpool gagal menerap tekanan dengan baik.

"Dalam lapan perlawanan bersama Liverpool, saya tidak nampak dia (Karius) mampu mencapai tahap yang diperlukan. Kualitinya masih jauh," kata Carragher.

Namun bagi Klopp, kekalahan itu tidak mencetuskan kebimbangan besar buatnya selain mempertahankan Karius.

"Jika anda membuat silap, pasti akan dikritik. Perkara itu yang berlaku dalam kehidupan.

"Saya pasti ramai orang mengkritik Carragher sepanjang kariernya.

"Gol terakhir bukan mudah untuk penjaga gol dan tidak membuktikan kesilapannya untuk menggalas tugas menjaga gawang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Jamie Carragher , Jurgen Klopp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan