Wenger Puji Kualiti "Naluri Pemusnah" Sanchez

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 9:01 AM

SANCHEZ meraikan gol kedua ketika menentang West Ham United pada 4 Disember 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengendali Arsenal, Arsene Wenger memuji bintangnya, Alexis Sanchez selepas melakar jaringan hatrik ketika menang besar 5-1 ke atas musuh setempat, West Ham United pada awal pagi Ahad.

Ketiga-tiga jaringan tersebut dijaringkan pada separuh masa kedua dalam tempoh 14 minit untuk menambah derita skuad The Hammers yang tersingkir dalam kejohanan Piala Liga pada pertengahan minggu lalu selepas tewas 1-4 kepada Manchester United.

Menurut Wenger, Sanchez menunjukkan "naluri pemusnah" yang bertaraf dunia ketika merobek gawang West Ham.

Malah pengurus kelahiran Perancis itu merasakan dia membuat keputusan tepat apabila meletakkan pemain Chile tersebut di posisi penyerang tengah untuk menggerakan jentera serangan Arsenal.

"Saya fikir dia (Sanchez) selesa di posisi tersebut.

"Saya melihat dia selesa setiap kali mengawal bola di posisi tersebut dan saya berharap lebih banyak lagi kejutan yang diberikan olehnya.

"Sanchez antara penyerang terbaik dunia dari Amerika Selatan kerana dia mempunyai segala kemampuan untuk menjadi penyerang digeruni.

"Dia memiliki kepantasan, boleh menggelecek bola dan mempunyai naluri penyerang yang baik," kata Wenger.

Kemenangan Arsenal itu sekali gus melonjak skuad The Gunners ke tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata, tiga mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger , Alexis Sanchez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan