Penyokong Ejek Ronaldo, Barcelona Berdepan Hukuman Tegas

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 5:03 PM

Penyokong-penyokong Barcelona menggejek Ronaldo ketika aksi Barcelona bertemu Real Madrid di Nou Camp awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA bakal berdepan dengan tindakan hukuman apabila penyokong-penyokongnya mengejek pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo ketika aksi El Clasico di Now Camp awal pagi Ahad.

Penyerang Real Madrid itu diejek dengan nyanyian  'Cristiano come out of the closet'  oleh 98,000 penyokong yang memenuhi stadium pada perlawanan tersebut.

Liga Perdana Sepanyol (La Liga) amat memandang serius tentang perkara sedemikian dan akan mengambil tindakan di atas kelakuan penyokong-penyokong tuan rumah yang menunjukkan sikap homofobia, malah sasaran mereka terhadap Ronaldo di stadium itu bukanlah kali pertama dibuat.

Dua minggu lalu ketika aksi kemenangan Real Madrid ke atas Atletico Madrid di Vicentre Calderon, penyokong-penyokong turut menyanyikan lagu yang sama.

Malah ketika perlawanan tersebut pemain tengah Atletico, Koke didakwa menunjukkan sikap homofobia terhadap Ronaldo.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menggelarkan Ronaldo sebagai 'pondan berjenama' selepas bintang Madrid itu melakukan hatrik.

Tags / Kata Kunci: Cristianio diejek , Barcelona , homofobia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan