Skuad Projek Sukan SEA Jumpa B-22 Filipina

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) kini dijadualkan bertemu Skuad B-22 Filipina selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan perlawanan persahabatan dengan pasukan B-22 Myanmar.

Pasukan kendalian Frank Bernhardt yang dikenali sebagai Skuad Projek Sukan SEA akan ke Manila untuk perlawanan pada 8 Disember ini dan telah menewaskan pasukan yang sama 4-1 dalam perlawanan persahabatan pertama Mac lepas.

Walaupun jumlah perlawanan telah dikurangkan kepada satu daripada rancangan asal melibatkan dua perlawanan menentang Myanmar pada 9 dan 12 Disember ini, Bernhardt mahu menggunakan peluang ini untuk mempersiapkan anak buahnya bagi memenuhi harapan mendapatkan pingat emas Sukan SEA nanti.

"Keputusan (membatalkan perlawanan persahabatan) sungguh mengecewakan. Sukar  untuk mendapatkan satu pasukan, jadi kami cuba dengan beberapa pasukan cuma Filipina yang sedia untuk bermain...ia bukan keputusan saya tetapi keputusan pihak yang lebih tinggi daripada FAM.

"Tetapi satu perlawanan antarabangsa adalah lebih baik daripada tiada langsung atau bermain dengan pasukan kelab dan kelab pun sedang melakukan persiapan untuk musim akan datang.

"Filipina mungkin tidak sekuat Myanmar tetapi mereka telah melakukan banyak perubahan dan mempunyai pemain baharu kali ini. Jadi adalah mencabar buat kami dalam perlawanan ini nanti," kata Bernhardt ketika ditemui  semasa ujian kecergasan pasukan negara di Institut Sukan Negara , di sini Khamis.

Pada Rabu, FAM menerusi halaman Twitter rasminya, @FAM_Malaysia mengumumkan pembatalan perlawanan persahabatan itu tanpa menyatakan sebarang alasan tetapi dipercayai berkaitan dengan konflik Rohingya di Myanmar.

Mengulas mengenai persediaan Sukan SEA, jurulatih Jerman itu yang menyedari kebangkitan pasukan seperti Myammar dan Kemboja yang menyerlah dalam Piala AFF Suzuki, percaya anak buahnya cukup kuat untuk berhadapan cabaran itu.

Pasukan Myanmar yang menewaskan Malaysia 1-0 dan Kemboja yang tewas 2-3 kepada skuad kebangsaan, masing-masing memiliki 11 pemain yang layak untuk Sukan SEA tahun depan bagi bersama-sama pasukan seperti Thailand, Singapura dan Vietnam dalam cabaran meraih pingat emas,katanya.

Beliau berkata:"Pasukan Myanmar sudah pastinya bagus ... dalam perlawanan pertama Piala Suzuki mereka telah menurunkan tujuh pemain B-22 mereka dalam kesebelasan utama. Saya pasti mereka akan kuat di Sukan SEA. Saya juga telah bercakap dengan Pengarah Teknikal Vietnam, mereka akan menghentikan liga mereka selama empat bulan untuk persiapan Sukan SEA.

"Kami juga mempunyai satu pasukan yang bagus dan masih mempunyai masa untuk membangunkannnya tetapi negara lain datang dengan pasukan yang lebih kuat, ia bukan mudah bagi kita melaluinya ... kami terpaksa bekerja keras untuk segalanya," kata beliau.

Selepas perlawanan persahabatan dengan Filipina, pemain akan kembali kepada kelab masing-masing dan jika mengikut kalendar FIFA, setiap pemain hanya mempunyai waktu rehat selama seminggu masing-masing dalam Mac dan Jun tahun depan.

"Kami mungkin mengambil bahagian dalam kejohanan di Timur Tengah dalam Mac dan mengendalikan latihan berpusat dari penghujung April ke Mei ... itu kami bincangkan tetapi saya masih belum membuat keputusan. Sama ada kelab akan membenarkan pemain mereka menyertai atau tidak, itu perkara lain," katanya.

Dengan hanya tinggal 260 hari sahaja lagi untuk Sukan SEA, tibalah masanya kepada badan pentadbir bola sepak negara untuk menyediakan program yang jelas untuk skuad ini bagi mengelakkan daripada dimalukan di tempat sendiri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: skuad B-22 , skuad Projek Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan