Cazorla Terpaksa Direhatkan Tiga Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 7:26 AM

Santi Cazorla.

(Ubah saiz teks)

ARSENAL mengesahkan Santi Cazorla akan menjalani pembedahan buku lali minggu depan dan dia terpaksa direhatkan selama tiga bulan.

Pemain tengah itu mengalami kecederaan itu ketika menentang Ludogorets pada saingan Liga Juara-Juara, Oktober lalu.

Sejak dari itu, kecederaan tersebut turut menjejaskan tahap kecergasannya.

"Pasukan perubatan dan doktor pakar memutuskan pembedahan perlu dilakukan pada tendon plantaris di kaki kanan pemain antarabangsa Sepanyol itu.

"Semua orang di dalam pasukan akan bekerja keras bersama Santi untuk memastikan dia kembali beraksi secepat mungkin," menurut kenyataan yang dikeluarkan Arsenal.

Santi dijangka terlepas 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris jika terpaksa berehat selama tiga bulan.

Malah peluangnya untuk mewakili Arsenal pada saingan kelompok 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara juga masih samar susulan kecederaan itu yang memerlukan masa untuk pulih.




Tags / Kata Kunci: Santi Carzola , Arsenal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan