Lupakan Musim Lalu, 'The Foxes' Perlu Fokus - Ranieri

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Leicester City, Claudio Ranieri menyeru pemain-pemainnya supaya melupakan kenangan manis musim lalu selaku juara Liga Perdana, sebaliknya perlu pandang ke depan sebelum terjatuh ke zon penyingkiran musim ini.

Skuad Ranieri kini hanya perbezaan dua mata berada di atas zon penyingkiran dengan mengumpul 13 mata daripada 13 perlawanan setakat ini.

The Foxes hanya menang tiga perlawanan sahaja setakat ini.

Mereka bakal berdepan dengan Sunderland yang berada di tangga tercorot pada Sabtu dan berharap untuk meraih kemenangan pertama di tempat lawan musim ini.

"Percayalah, saya sudah lupa apa yang berlaku musim lalu.

"Sekarang adalah musim baharu dan kami perlu bertindak serta mengembalikan rentak. Dan kami tahu, perlawanan pada Sabtu ini sangat, sangat sukar.

"Hanya dua mata (dari zon penyingkiran) bukan sesuatu yang memuaskan...kami perlu tabah, bekerjasama dan berjuang bersama-sama".

"The Foxes tidak mudah mengalah," jelasnya di laman rasmi kelab (www.lcfc.com).

Jelas Ranieri, Leicester perlu meneruskan karektor yang lebih baik seperti aksi seri 2-2 bersama Middlebrough baru-baru ini.

"Ia satu aksi dramatik, tetapi semua orang percaya bahaya kami mampu mencatat keputusan seri pada penghujung perlawanan. Semangat itulah yang saya inginkan," jelas pengendali kelahiran Itali ini.

Tags / Kata Kunci: Leicester City , The Foxes , Claudio Ranieri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan