Paulista Beri Penghormatan Kepada Mangsa Nahas Pesawat

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 7:46 AM

Paulista (tengah) kelihatan sebak semasa bertafakur bagi memperingati pasukan Chapecoense yang mahu dalam nahas pesawat Colombia.

(Ubah saiz teks)

GABRIEL Paulista memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Colombia yang meragut 71 nyawa termasuk pemain bola sepak Chapecoense, kakitangan pasukan itu dan juga wartawan yang membuat liputan.

Stadium Emirates sunyi seketika sebelum pertembungan Arsenal menentang Southampton pada aksi Piala Liga, awal pagi Khamis dengan Gabriel memegang sepanduk yang tertera perkataan 'Forca Chape'.

Dalam satu video penuh emosi sejurus tamat perlawanan itu, pemain pertahanan Brazil tersebut turut mengimbau kenangan bersama salah seorang mangsa iaitu jurulatih Chapecoense, Caio Junior yang pernah bekerjasama dengannya di Vitoria.

"Ini yang mampu saya lakukan untuk mengucapkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap agar mereka dapat meneruskan kehidupan.

"Saya tahu bukan mudah kehilangan orang tersayang. Saya pernah mengalaminya apabila kehilangan seorang adik dan ia amat menyakitkan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Gabriel Paulista , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan