Kami Layak Diejek - Wenger

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 7:05 PM

REAKSI Wenger ketika perlawanan antara Arsenal dan Southampton pada awal pagi 1 Disember 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui anak buahnya layak diejek selepas tersingkir daripada peringkat suku akhir kejohanan Piala Liga Inggeris (EFL) apabila tewas kepada Southampton awal pagi Khamis.

Kekalahan tersebut sekali gus menamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan dan gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Menurut Wenger, pasukannya bertanggungjawab untuk memberikan keputusan yang diingikan oleh penyokong dan jelas mereka gagal memenuhi harapan tersebut.

"Kami mempamerkan permainan yang mengecewakan, terutamanya pada separuh masa pertama.

"Saya tidak fikir kami bertahan dengan baik dan memberikan gol mudah.

"Aksi yang lebih baik ditampilkan pada separuh masa kedua tetapi ini merupakan perlawanan yang sukar untuk mendapatkan gol walaupun beraksi selama dua jam.

"Kami menerima padah. Kami tidak mengancam kubu lawan pada separuh masa pertama dan mereka bertahan dengan baik pada separuh masa kedua selain lebih tajam di bahagian serangan,: katanya.

Wenger tidak pernah memenangi Piala Liga sepanjang mengendalikan Arsenal selama 20 tahun tetapi dia tidak berasa kesal kerana melakukan perubahan yang besar dalam perlawanan itu apabila menurunkan ramai pemain muda.

Southampton pula melayakkan diri ke pusingan separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun dan bakal bertemu Liverpool di peringkat seterusnya.

Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Manchester United akan bertemu Hull City selepas menewaskan West Ham United dengan keputusan 4-1.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan