United Mara Ke Separuh Akhir Piala Liga

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 7:22 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Liga apabila menundukkan West Ham 4-1 di Old Trafford dengan ketiadaan Pengurus Jose Mourinho yang dikenakan hukuman larangan berada di atas padang.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua sebelum bekas pemain muda United, Ashley Fletcher mengikat kedudukan pada minit ke-35.

Anthony Martial meletakkan United kembali di depan apabila merembat masuk hantaran Henrikh Mkhitaryan tiga minit selepas babak kedua bermula.

Martial sekali lagi bijak mengambil peluang dengan menyudahkan hantaran Antonio Valencia untuk gol ketiga pasukan tuan rumah.

United terus selesa di depan apabila Ibrahimovic melengkapkan gol keempat pada minit ke-93.

Dalam perlawanan itu, Mourinho turut menurunkan Bastian Schweinsteiger dari bangku simpanan buat pertama kalinya sejak Mac lalu.

Tidak dapat dipastikan lokasi Mourinho, 53, menyaksikan perlawanan anak buahnya itu.

"Ia rahsia," katanya.

Dia dilihat tiba di Old Trafford dan kemudiannya dikesan berjabat tangan dengan Pengurus West Ham, Slaven Bilic sebelum aksi sepak mula.

Kemudian dia hilang daripada tempat duduk Sir Bobby Charlton Stand.

Namun Mourinho menyatakan rasa berpuas hati dengan persembahan anak buahnya terutamanya Ibrahimovic, Martial, Wayne Rooney dan Mkhitaryan.

"Gol disuntik bersama prestasi memberi makna kegembiraan sebenar," katanya.



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Piala Liga

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan