Southgate Dilantik Sebagai Pengurus England Baharu

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 12:42 AM

(Ubah saiz teks)

GARETH Southgate dilantik menjadi pengurus England secara tetap bersama kontrak selama empat tahun bersama Three Lions itu.

Southgate menjadi pengurus sementara sebelum ini menggantikan Sam Allardyce yang meninggalkan jawatan itu selepas 67 hari memegangnya kerana dilaporkan melanggar peraturan  Persatuan Bola Sepak England (FA)  September lalu.

"Saya amat berbangga dilantik sebagai pengurus England. Sebelum ini perkara utama yang saya mahu ialah mendapatkan tugas ini. 

"Dan sekarang apa yang saya mahu ialah menjalankan kerja dengan sukses.

"Saya gembira bekerjasama dengan pemain-pemain dalam empat perlawanan sebelum ini dan pasukan mempunyai potensi yang besar.

"Saya bersedia untuk memberi segalanya kepada pasukan negara," ujarnya.

Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn berkata:"Kami dengan berbesar hati mengesahkan Gareth sebagai pengurus England. Bukan kerana kami mengenalinya dengan baik tetapi pemahamannya dalam bola sepak antarabangsa serta perancangan pembangungan di St George Park adalah paling penting.

"Prestasinya ketika menjadi pengurus sementara amat cemerlang sepanjang empat perlawanan, malah dia juga turut menarik minat kami ketika proses temuduga sebelum ini," jelasnya.

Southgate berjaya membuktikan dua kemenangan dan satu seri pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sementara itu, pembantu jurulatih Chelsea Steve Holland untuk dilantik sebagai pembantu Southgate.

Bagaimanapun Holland akan menjalankan tugasnya sepenuh masa selepas tamat liga perdana musim ini malah persetujuan mengenainya telah dicapai di antara FA dan Chelsea. 

Dalam pada itu, FA juga perlu melantik pengurus baharu B-21, dan calon terdekat adalah Aidy Boothroyd dari skuad Bawah 20 Tahun bagi menggantikan posisi Southgate.

Namun FA masih belum membuat keputusan sama ada ingin membuka jawatan itu untuk orang lain dengan melalui proses temuduga, dan turut menjadi perhatian badan induk bola sepak Inggeris itu untuk mengisi jawatan tersebut ialah bekas pemain Everton dan Manchester United, Phil Neville berdasarkan pengalamannya di Old Trafford dan Valencia.

Tags / Kata Kunci: Gareth Southgate , England

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan