Pemain Muda Kelahiran Jepun Mantapkan Persiapan Melaka United

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 5:27 PM

Sheang Tsung ketika bersama Anelka di kelab gergasi China, Shanghai Shenhua. - Ihsan Goal.com

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan tengah skuad Melaka United bakal dimantapkan lagi dengan kehadiran pemain muda kelahiran Jepun, Tam Sheang Tsung  sebagai persiapan menyertai Liga Super pada musim depan.

Menurut maklumat yang dipetik daripada laman Facebook rasmi Melaka United Soccer Association (MUSA), pemain berusia 21 tahun itu pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga China, Shanghai Shenhua untuk bergandingan dengan bintang sensasi Perancis, Nicholas Anelka.

Berdasarkan rekod, Sheang Tsung yang memiliki kerakyatan Malaysia itu, menyertai Shanghai Shenhua dari kelab Jepun, Mito HollyHock pada 2012 sebelum menyertai sebuah lagi kelab tempatan, Avispa Fukuoka dua tahun kemudian.

Kemudian pemain yang selesa di posisi sayap kiri itu menyertai kelab Kataller Toyama pada tahun lepas untuk beraksi selama setahun sebelum berpindah ke kelab Gainare Tottori secara percuma.

Melaka United melayakkan diri ke Liga Super selepas muncul sebagai juara Liga Perdana pada musim lalu dengan mengumpul 50 mata, empat mata di depan pencabarnya, PKNS FC.

Mengikut prestasi sepanjang musim lepas, Melaka United menang 15 perlawanan, seri lima kali dan hanya tewas dua kali sepanjang 22 perlawanan liga.




Tags / Kata Kunci: Melaka United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan