Masa Depan OKS: FAM Ikut Prosedur - Hamidin

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 2:28 PM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan memutuskan mengenai masa depan Datuk Ong Kim Swee sebaik meneliti laporan prestasi pengendali Harimau Malaysia itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk bola sepak negara itu juga akan bertindak mengikut prosedur.

"So far (setakat ini) kita ikut accordingly (bertindak sewajarnya). Kita akan tunggu laporan dia (Kim Swee) semua dulu... kita ikut prosedur," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Hamidin yang juga pengurus skuad Harimau Malaysia bagaimanapun mengelak untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Kedudukan Kim Swee semakin hangat dibicarakan apabila beberapa tokoh bola sepak negara mendesak beliau supaya berundur setelah gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam kempen Piala AFF, baru-baru ini iaitu melayakkan diri ke sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Skuad Harimau Malaysia tersingkir dari saingan Piala AFF Suzuki selepas tewas 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon, 26 November lalu.

Selain perlu menunjukkan prestasi yang baik di kejohanan Piala AFF, jurulatih berusia 45 tahun itu juga dikehendaki memastikan skuad Harimau Malaysia mara  pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 dan memperbaiki ranking negara dari 170 ke tangga 140.

Antara yang mendesak peletakan jawatan jurulatih kelahiran Melaka itu adalah bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, bekas pengendali Harimau A, Azraai Khor Abdullah dan bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir.

Sebelum ini, Kim Swee menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebaliknya menyerahkan kepada FAM untuk menentukan kedudukannya.

"Kenapa saya perlu melepaskan jawatan? Saya tidak pernah memikirkannya. Kontrak saya masih berjalan hingga penghujung tahun depan.

"Jadi apa saja yang berlaku terpulang kepada pengurusan untuk membuat keputusan dan pada masa sama saya perlu melihat kepada (perancangan) untuk tugasan seterusnya," kata Kim Swee.

Tags / Kata Kunci: FAM , Ong Kim Swee , Hamidin Mohd Amin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan