Mario Gomez Dedah Perancangan JDT Musim Depan

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengurangan kos, menjual pemain import serta menukar gaya taktikal merupakan sebahagian daripada perancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan.

Pengurusnya,  Mario Gomez,59, memberitahu bahawa musim depan terdapat beberapa perubahan yang akan dibuat termasuk pengurangan kos dari segi perbelanjaan.

"Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) telah menyatakan kepada saya tentang visi baginda yang mahu memberi lebih tumpuan kepada pembinaan stadium baru, akademi dan pembangunan program belia.

"Dengan ini, kami akan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan utama.

"Berkemungkinan kami menjual pemain import kami termasuk beberapa pemain tempatan dan cuba untuk memberikan laluan kepada pemain muda kami.

"Kami juga mempunyai pelan yang mungkin menarik di mana kami boleh mengurangkan perbelanjaan dan masih tampil sebagai pasukan yang bagus dengan projek yang baik," jelasnya dalam kenyataan laporan kelab di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.




Gomez yang juga ketua jurulatih skuad Harimau Selatan turut mendedahkan skuadnya akan menukar gaya taktikal untuk tahun hadapan dan kami tidak akan lagi bermain dengan gaya sama seperti yang dilakukan pada tahun ini.

"Akan terdapat banyak perubahan yang akan kami lakukan sebagaimana dituntut oleh baginda dan untuk itu saya dan barisan kejurulatihan telah memulakan persediaan kami.

"Ini lebih tertumpu kepada falsafah yang telah kami tetapkan pada tahun 2014."

"Kami sedang memerhatikan dua pemain muda yang sangat berbakat dari Argentina (dengan potensi untuk bermain di Eropah atau Amerika Selatan) yang saya percaya akan berjaya. Pemain-pemain ini bukan sahaja bagus tetapi mereka juga boleh bermain bola sepak dengan corak yang dikehendaki oleh kelab.

"Dua pemain ini cukup sesuai dan mereka akan memperkuatkan pasukan dan kami berharap ianya berjalan dengan baik.

"Selain daripada itu, kelab mungkin akan dapat menjana pendapatan lebih pada masa akan datang sekiranya kelab memutuskan untuk menjual mereka. Itu adalah polisi JDT.

"Kami mesti sentiasa membeli pemain dengan harga di mana kelab berpotensi mendapatkan kembali wang yang dibelanjakan untuk mereka melalui nilai jualan mereka pada masa akan datang," ujarnya.

Pengendali kelahiran Argentina itu turut menjelaskan bahawa TMJ telah menyatakan dengan sangat jelas bahawa baginda tidak mahu pemain datang ke sini dan bersara, membuat banyak wang dan meninggalkan kita tanpa sebarang keuntungan.

"Sekiranya kami berterusan membeli pemain dan tidak menjual mereka, kelab pasti akan menghadapi kesukaran dalam jangka masa panjang.

"Kami mesti sentiasa mencari formula bukan sahaja untuk bermain bola sepak dengan baik, bagus setiap tahun, tetapi juga untuk mengukuhkan pendapatan kelab. Itu akan menjadi program pada tahun hadapan.

"Saya juga telah bercakap kepada baginda mengenai jemputan untuk bermain di Sepanyol dan Benfica untuk perlawanan pra-musim.

"Masalahnya adalah masa. Ia tidak sesuai dan ia tidak seiring dengan jadual yang telah saya rancangkan untuk pasukan.

"Saya lebih suka mempersiapkan pasukan ke Thailand kerana ia berhampiran dan kami telah menerima jemputan untuk bermain di Buriram dan Chonburri, dengan tanpa kos.

"Kami akan menghantar beberapa wakil yang terdiri daripada pemain-pemain muda kami, barisan kejurulatihan dan Pengarah Sukan kami, Alistair Edwards ke Sepanyol dan Portugal. Mereka akan berada di sana untuk tugasan menjalin kerjasama dan hubungan erat antara kelab," tambahnya.

Dalam pada itu Gomez turut menyatakan bahawa skuadnya bakal mempunyai tiga hingga empat pemain tempatan baharu dan mungkin satu atau dua pemain import.

"Itu adalah satu-satunya perancangan saya untuk tahun hadapan," katanya.

Mengenai sasaran musim depan, Gomez berkata kelabnya menyasarkan untuk berada dalam senarai empat pasukan terbaik Liga, suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia.

"Sasaran ini akan menjadi sasaran untuk JDT setiap tahun. Ini juga merupakan kaedah bagi kami untuk menilai kemajuan kelab. Selagi kami masih ke arah tersebut, kami masih ok.

"Siapa tahu sekiranya kami berjaya melakukannya dengan baik, kami akan memenangi Liga dan Piala FA serta layak ke saingan AFC sekali lagi".

Sebagai rekod, JDT terus tampil dengan rekod cemerlang musim ini dengan menjuarai Piala Sumbangsih, Liga dan Piala FA. Malah mereka turut turut layak ke separuh akhir Piala AFC untuk kali kedua berturut-turut.

JDT mengharungi 46 perlawanan keseluruhan musim ini dengan 33 kemenangan, tiga tewas, dan mencatat keputusan seri sebanyak sepuluh kali.

Manakala sebanyak 119 gol telah direkodkan musim ini dan 41  bolos.

Tags / Kata Kunci: Mario Gomez , JDT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan