FAM Batal Dua Aksi Persahabatan Dengan Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk membatalkan dua aksi persahabatan melibatkan skuad Bawah 22 (B-22) dengan pasukan B-22 Myanmar yang dijadual berlangsung di Yangon, Myanmar, Disember ini.

FAM, menerusi entri terbaru dalam twitter skuad kebangsaan, Harimau Malaysia, bagaimanapun, tidak menyatakan sebab perlawanan yang bakal diadakan pada 9 dan 12 Disember ini, dibatalkan.

Keputusan itu, bagaimanapun dipercayai bagi memboikot penindasan berterusan tentera kerajaan Myanmar terhadap penduduk etnik Islam Rohingya di utara negara berkenaan.

Isu boikot terhadap Myanmar bukanlah perkara baharu memandangkan beberapa individu dan badan bukan kerajaan di negara ini, sebelum ini mendesak kerajaan untuk memboikot kejuaraan Piala AFF Suzuki di negara berkenaan dari 20 hingga 26 November lepas.

Untuk rekod, Malaysia gagal mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam saingan kumpulan B. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , aksi persahabatan , Myanmar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan