Tugas Zairil Diragui Penyokong Tegar Harimau Kumbang

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 5:51 PM

Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff (tengah) memperkenalkan jurulatih dan pengurus baharu, Ashley Westwood (kanan) dan Zairil Khir Johari pada Selasa lalu. Foto: LIM BENG TATT/ The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari secara rasmi diumum pengurus baharu pasukan bola sepak Pulau Pinang, namun persoalan timbul mampukah wakil rakyat digambarkan 'kurang minat' dengan bola sepak menguruskan skuad Harimau Kumbang, musim depan.

Tugas yang bakal digalas Zairil bukan sahaja mencabar, tetapi dilihat amat berat dalam membangunkan pasukan yang hampir tersingkir ke Liga Perdana selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini, dengan prestasi hambar.

Bukan itu sahaja, ramai kalangan penyokong tegar dan pegawai pengurusan pasukan Harimau Kumbang dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan itu kerana secara tidak langsung menunjukkan penglibatan politik dalam arena bola sepak negeri. 

Zairil, yang meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Institute, badan pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang, berjanji akan meletakkan fokusnya kepada pembangunan bola sepak dan memberi jaminan tidak akan berlaku pencampuran politik. 

"Sudah tiga kali saya dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada FAP (Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang) dan tahun ini saya membuat keputusan untuk menerima tugas ini. Saya tahu ia tanggungjawab yang besar untuk saya," katanya.

Zairil berkata tugas utama beliau ialah mencari jurulatih bagi menggantikan Nenad Bacina yang telah tamat kontrak dan untuk itu bekas pemain Sheffield Wednesday, Ashley Westwood menjadi pilihan sebagai ketua jurulatih pasukan Harimau Kumbang.

Menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam urusan taktikal pasukan dan menyerahkan segalanya kepada Westwood, Zairil berkata beliau hanya akan menjaga bahagian pengurusan. 

"Saya akui pengalaman saya bukan berlatarkan sukan bola sepak, namun saya mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan. Saya yakin saya mampu lakukannya,"katanya.

Tamparan pertama yang diterimanya ialah peletakan jawatan penolong pengurus pasukan Pulau Pinang, Mohamad Nazim Ariff Nazir Ariff berkuat kuasa semalam.

"Saya merasakan kehadiran saya sebagai penolong pengurus pasukan tidak diperlukan lagi kerana sehingga hari ini saya tidak dipanggil langsung untuk berbincang mengenai hala tuju pasukan untuk musim depan," kata Nazim Ariff dalam surat peletakan jawatannya.

Beliau juga berkata meskipun pelbagai soalan diajukan kepada pihak pengurusan baharu, tiada sebarang maklum balas diberikan dan beliau juga tidak dipanggil untuk hadir bersama pada sidang media khas FAP, Isnin lepas. 

Nazim Ariff ketika dihubungi meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusanbaharu FAP kerana sehingga kini belum ada pemain yang dibawa masuk untuk memantapkan pasukan. 

"Ia amat mengecewakan kerana saya sudah ada senarai pemain tempatan yang mampu membawa kejayaan kepada Pulau Pinang dan memberi saingan kepada pasukan lain. Antaranya, Nazrin Nawi, Ronny Harun, Al Hafiz dan Nurridzuan Abu Hassantetapi semua itu disia-siakan oleh FAP kerana lambat bertindak," katanya.

Pulau Pinang kini mempunyai 16 pemain dan kuota untuk tiga pemain import yang dikosongkan Ranti Martins, Jeong Seok Min dan Mathias Cordoba sehingga kini, belum diisi. 

Mengenai bajet untuk memulakan saingan Liga Super musim hadapan, pasukanHarimau Kumbang kini hanya mempunyai RM8 juta yang merupakan dana daripada kerajaan negeri dan menurut Zairil, dana itu akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi pasukan. 

Bagi sebuah kelab Liga Super, dana sebanyak RM8 juta adalah tidak mencukupi kerana pelbagai aspek perlu dilihat dan banyak perkara perlu dilaksanakan. 

"Bajet RM8 juta sememangnya tidak mencukupi. FAP perlu mencari dana tambahansekiranya ingin mengelak sebarang masalah kewangan pada musim akan datang," kata Nazim Ariff.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Harimau Kumbang , Zairil Khir Johari

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan