Inter Milan 'Minat' Dengan Sanchez

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 7:49 AM

Alexis Sanchez. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

ARSENAL berdepan kesulitan untuk mempertahankan pemainnya, Alexis Sanchez kerana penyerang dari Chile itu mungkin akan bermain dalam Serie A, di mana dia sekarang diburu oleh Inter Milan.

Masa depan Sanchez bersama Arsenal terus menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 27 tahun itu masih menangguhkan lanjutan kontrak yang akan tamat pada 2018 disebabkan belum ada kesepakatan berhubung kenaikan gaji.

Sanchez pada masa ini menerima 130 ribu pound seminggu dan untuk Arsenal terus menggunakan khidmatnya, dia mahu dibayar 250 ribu pound seminggu.

Permintaan ini bagaimanapun belum dapat ditunaikan The Gunners.

Justeru, Sanchez mula dikaitkan dengan sejumlah kelab dengan bekas pemain Barcelona itu juga dikhabarkan akan merantau ke China.

Malah, terkini dia diramalkan bakal bergabung dengan Inter Milan.

Kekuatan kewangan Milan semakin baik sejak kebelakangan ini, menyebabkan kelab itu berani mendekati pemain bintang seperti Sanchez.

Harga pasaran Sanchez dilaporkan sekitar 46.75 juta pound.

Dengan membida Sanchez, ini bermakna Inter juga sanggup menggajinya hingga 250 ribu pound seminggu, sekali gus menjadikannya sebagai pemain dengan gaji paling mahal di Inter.

Inter mendakwa pihaknya tidak keberatan membelanjakan wang sebanyak itu disebabkan kemampuannya.

Dalam Liga Perdana Inggeris, Sanchez meledakkan lebih dari 10 gol setiap musim. Kini, dia menjadi penjaring terbanyak Arsenal dengan lapan gol.

Inter akan cuba merekrut Sanchez pada Januari 2017.

Minat yang ditunjukkan Inter terhadap Sanchez membuatkan Arsenal panik dan kelab utara London itu harus melakukan sesuatu untuk mempertahankan Sanchez.
Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Serie A , Inter Milan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan