Tendang Botol, FA Dakwa Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 7:30 AM

Jose Mourinho dibuang padang buat kali kedua dalam tempoh sebulan ketika menentang West Ham United pada perlawanan yang pada Ahad. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho telah dikenakan satu lagi pertuduhan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris selepas diarah keluar padang ketika pasukannya seri 1-1 dengan West Ham pada Ahad.

Pengurus Portugis itu menunjukkan kekecewaannya menendang botol air dari garisan tepi padang pada minit ke-27 apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada Paul Pogba.

Pengadil Jonathan Moss telah mengarahkan Mourinho menonton baki permainan dari bilik rahsia di dalam stadium.

FA dalam satu kenyataan pada awal pagi Selasa menyatakan bahawa tuduhan terhadapnya adalah berkait kelakuannya yang tidak wajar.

"Dia mempunyai masa sehingga pukul 6 petang pada 1 Disember 2016 untuk bertindak balas terhadap pertuduhan itu."

Mourinho tidak bercakap kepada media selepas perlawanan, sebaliknya membiarkan pembantunya Rui Faria untuk menyatakan kekecewaan dirinya.

Faria berkata: "Saya rasa semua orang melihat kekecewaan yang telah ditunjukkan dalam keadaan di mana sepatutnya kita mendapat sepakan percuma, tetapi ia berkesudahan dengan kad kuning dilayangkan kepada Paul."

Moss sebelum ini turut mempunyai sejarah dengan Mourinho.

Beliau bertanggungjawab menghantar Mourinho ke tempat duduk penonton ketika menentang West Ham kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika beliau menjadi pengurus Chelsea pada November tahun lalu.

Pada akhir bulan lalu, Mourinho diarah ke tempat duduk penonton pada separuh masa kedua menentang Burnley dalam aksi di Old Trafford selepas didapati mengeluarkan bahasa tidak sopan terhadap pengadil Mark Clattenburg.

United kini di tangga keenam - ketinggalan lapan mata untuk berada di kedudukan empat teratas.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , FA , dakwa , botol minuman

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan