Mourinho Dibuang Padang, United Seri Lagi

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dibuang padang buat kali kedua dalam tempoh sebulan ketika menentang West Ham United pada perlawanan yang berlangsung pada Ahad.

Lebih menyedihkan apabila pasukan tuan rumah itu sekadar meraih seri 1-1 pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pada akhir bulan lalu, Mourinho diarah ke tempat duduk penonton pada separuh masa kedua menentang Burnley dalam aksi di Old Trafford selepas didapati mengeluarkan bahasa tidak sopan terhadap pengadil Mark Clattenburg.


Paul Pogba dilayangkan kad kuning oleh pengadil Jonathan Moss.

Kali ini kesalahan Mourinho adalah kerana menendang botol air dari garisan tepi padang pada minit ke-27 apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada Paul Pogba.

Pengadil Jon Moss sebelum ini turut mempunyai sejarah dengan Mourinho.

Beliau juga bertanggungjawab menghantar Mourinho ke tempat duduk penonton ketika menentang West Ham kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika beliau menjadi pengurus Chelsea pada November tahun lalu.

United kini di tangga keenam - ketinggalan lapan mata untuk berada di kedudukan empat teratas.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan