FA Dijangka Lantik Southgate Sebagai Pengurus Tetap - Bola Sepak | mStar

FA Dijangka Lantik Southgate Sebagai Pengurus Tetap

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

GARETH Southgate bakal dilantik menjadi pengurus England sepenuh masa menjelang mesyuarat ahli lembaga Persekutuan Bola Sepak England (FA) pada Rabu ini.

Southgate yang menjadi pengurus sementara menggantikan Sam Allardyce sejak September lalu  juga dijangka akan bertemu pihak FA Isnin ini bagi perbincangan selanjutnya.

Malah FA sendiri sudah mengesahkan kenaikan pangkat jurulatih bawah 21 Tahun itu ke skuad senior selepas berjaya membuktikan dua kemenangan dan satu seri pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sebelum itu perbincangan di antara wakil Southgate dan FA telah diadakan sepanjang minggu ini dan dijangka kata putus diumumkan pada minggu hadapan.

Sementara itu, perbincangan Steve Holland untuk dilantik sebagai pembantunya juga sedang diadakan sama ada dia menerima tugas ini sepenuh masa atau pun meneruskan tanggungjawab di Chelsea sebagai penolong jurulatih.

Malah difahamkan juga, FA bercadang untuk bertemu dengan Steven Gerrard yang mengumumkan persaraannya minggu ini, untuk ditawarkan dalam salah satu jawatan jurulatih di situ.

FA juga perlu melantik pengurus baharu B-21, dan calon terdekat adalah Aidy Boothroyd dari skuad Bawah 20 Tahun bagi menggantikan posisi Southgate.

Namun FA masih belum membuat keputusan sama ada ingin membuka jawatan itu untuk orang lain dengan melalui proses temuduga, malah turut menjadi tumpuan badan bola sepak Inggeris itu adalah bekas pemain Everton dan Manchester United, Phil Neville berdasarkan pengalamannya di Old Trafford dan Valencia.

Tags / Kata Kunci: FA , Gareth Southgate
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan