Nazir Razak Kini Dalam Lembaga Kelab QPR

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Nazir Razak dilantik sebagai ahli lembaga pasukan bola sepak Queens Park Rangers (QPR).

Dalam satu 'posting' di Instagram pada Sabtu, Pengerusi Kumpulan CIMB itu berkata, ia merupakan cabaran baharu yang menarik buatnya.

"Cabaran baharu yang menarik dan selagi saya berada dalam lembaga, saya akan lakukan yang terbaik untuk QPR," katanya dalam 'posting' berkenaan yang turut disertakan dengan paparan skrin artikel West London Sport.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang dilantik dalam lembaga di Loftus Road adalah akauntan bertauliah, Datuk Seri Johan Raslan yang merupakan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia.

Kedua-duanya menyertai Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes, Amit Bhatia, Ruben Gnanalingam dan Datuk Kamarudin Meranun dalam lembaga QPR Holdings Ltd yang merupakan syarikat kumpulan bagi kelab bola sepak tersebut.

Menariknya, Nazir merupakan penyokong kelab bola sepak Chelsea, yang melihat QPR sebagai pesaing tradisi bagi kelab berkenaan.

Ketika ini QPR berada pada kedudukan ke-15 dalam liga Kejuaraan selepas beberapa tempoh dalam Liga Perdana Inggeris, semasa musim 2011-2013 dan sekali lagi pada musim 2014-2015.

Tags / Kata Kunci: QPR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan