Piala AFF: Malaysia Tewas, Myanmar Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 10:05 PM

Pemain-pemain Malaysia kelihatan kecewa selepas tewas kepada Myanmar pada Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Jaringan tunggal David Htan pada akhirperlawanan mengesahkan tiket tuan rumah bersama, Myanmar ke separuh akhir Piala AFF Suzuki setelah menewaskan Malaysia 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B, Sabtu malam.

Kemenangan di Stadium Thuwunna di sini menyaksikan mereka muncul naib juara kumpulan di belakang Vietnam yang menewaskan Kemboja 2-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Wunna Theikdi, Naypyitaw. 

Dua gol Vietnam dijaringkan kapten pasukan, Le Cong Vinh pada minit ke-20 dan gol sendiri pemain Kemboja, Nub Tola pada minit ke-49 sebelum Chreng Polroth mengurangkan defisit untuk Kemboja menerusi gol menarik pada minit ke-64. 

Kemenangan ketiga berturut-turut dilakar Vietnam menyaksikan mereka meraihsembilan mata maksimum manakala Myanmar meraih enam mata daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan yang diharungi di sini sejak 20 November lepas. 

Beraksi di hadapan hampir 32,000 penyokong sendiri, Myanmar nyata 'bernafsu'untuk memburu gol awal dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia.

Namun skuad Harimau Muda terlebih dahulu hampir membuka tirai jaringan padaminit keenam, namun percubaan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri dari luar kotak penalti terkena tiang gol.

Myanmar berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-12 setelah pemainnya dikasari pemain negara dalam kotak penalti namun sepakan penalti lemah dilakukan Aung Thu, mudah diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Aung Thu cuba menebus kesilapannya namun percubaan beliau pada minit ke-43 sekadar terkena palang gol Malaysia ketika Khairul Fahmi sudah tertewas dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Sebaik sahaja perlawanan disambung, Myanmar menggandakan asakan ke kubu Malaysia namun dihampakan ketumpulan jentera serangan mereka.

Usaha berterusan skuad 'The White Angels' akhirnya membuahkan hasil padaminit ke-88 apabila David Htan meledak jaringan pembukaan menerusi percubaan lemah yang melepasi jangkaun Khairul Fahmi dan keputusan itu kekal sehinggatamat perlawanan.

Myanmar dijadual bertemu juara bertahan, Thailand yang menjuarai Kumpulan Apada aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik, awal bulan depan.

Thailand akan berkunjung ke Stadium Thuwunna untuk aksi separuh akhirpertama pada 4 Disember sebelum Myanmar bertandang ke Stadium Rajamangala di Bangkok untuk aksi timbal balik, selang empat hari kemudian.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan Vietnam dan Indonesia.

Stadium Manahan, Surakarta di Jawa Tengah, menjadi gelanggang aksi separuh akhir pertama pada 3 Disember sebelum perhitungan kedua pada 7 Dis di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki dijadual berlangsung mengikut format kalah mati pada 14 dan 17 Disember ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala AFF , Malaysia , Myanmar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan