Harimau Malaysia Waspada Ancaman Pantas Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 2:32 PM

PEMAIN pertahanan Malaysia,Mohd Rizal Ghazali melakukan percubaan sambil diperhatikan pemain Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba ketika perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada 14 November 2016. - M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

YANGON: Pertahanan skuad Harimau Malaysia perlu berwaspada terhadap serangan balas pantas pasukan Myanmar apabila dua negara itu bertemu pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Sabtu.

Pemain pertahanan kanan negara, Mohd Rizal Mohd Ghazali berkata barisan hadapan tuan rumah terutamanya penyerang Aung Thu dan pemain tengah, Kaung Sat Naing perlu diawasi kerana mampu membuka peluang kepada rakan sepasukan mencipta jaringan.

"Kekalahan tipis saat-saat akhir ke atas Vietnam sebelum ini memberi pengajaran kepada kami. Bagi saya, serangan balas Myanmar agak bahaya terutamanya dari tengah dan itu yang perlu kita beri perhatian," katanya.

Pemain pertahanan tengah negara, Mohd Fadhli Mohd Shas, yang turut ditemui sebelum latihan skuad negara petang semalam, mengakui Harimau Malaysia perlu fokus mengawal gerakan lincah barisan serangan Myanmar.

"Barisan pertahanan kita agak mantap cuma kelekaan pada saat-saat akhir yang perlu dielakkan...Kekuatan pasukan Myanmar ini adalah pada serangan balas mereka," kata pemain kelab Johor Darul Ta'zim itu.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan pemain sayap kiri, Mohd Syazwan Zainon dan pemain pertahanan tengah, Ronny Harun, masing-masing masih belum pulih daripada kecederaan bengkak di kaki serta pangkal paha.

Namun, katanya, kecederaan dua pemain itu masih boleh diisi pemain seperti Mohd Fadhli dan Khairul Helmi Johari (pertahanan) serta Muhammad Hadin Azman dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (sayap).

"Kita akan lihat sehingga pagi esok adakah Ronny dan Mohd Syazwan cergas untuk diturunkan berdepan Myanmar. Apapun ia bukan masalah untuk pasukan," kata Kim Swee.

Malaysia dan Myanmar mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan tetapi tuan rumah mempunyai kelebihan berikutan perbezaan jaringan, sekali gus memaksa Malaysia mencari kemenangan untuk merampas tiket ke separuh akhir.

Satu lagi perlawanan Kumpulan B adalah antara Vietnam, yang telah mengesahkan tiket ke separuh akhir, dan Kemboja di Stadium Wunna Theikdi di Naypyitaw. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Myanmar , AFF Suzuki

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan