Wilshere Mahu Arsenal Kalah

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain Arsenal yang dipinjamkan ke Bournemouth, Jack Wilshere mahu pasukannya menewaskan skuad Gunners apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada minggu ini.

Wilshere menyertai Arsenal sejak 2001 dan muncul sebagai pemain utama menerusi akademi kelab tersebut dan disebut-sebut sebagai antara pemain berbakat di England.

Namun beberapa siri kecederaan ternyata menghampakan pemain tengah berusia 24 tahun itu untuk mengukuhkan kedudukan dalam kesebelasan utama Arsenal.

Pengendali Gunners, Arsene Wenger kemudiannya membenarkan Wilshere untuk meninggalkan kelab itu secara pinjaman dan dia memilih Bournemouth sebagai destinasi utama.

Sejak beraksi di kelab kerdil itu, Wilshere diturunkan dalam sembilan daripada 12 perlawanan, sekali gus jumlah perlawanan paling banyak disertai sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun tidak dapat beraksi menentang Arsenal kerana syarat yang ditetapkan dalam kontrak pinjaman, ternyata Wilshere tidak dapat menyembunyikan sokongannya terhadap Bournemouth apabila mengharapkan pasukannya mampu mencipta kejutan.

"Semestinya saya kecewa (tidak dapat menentang Arsenal) kerana saya dapat beraksi dalam beberapa perlawanan berturut-turut.

"Tetapi mungkin juga bagus untuk saya terlepas satu perlawanan dan kemudian beraksi semula.

"Namun saya akan berada di sana menyaksikan perlawanan tersebut dan sebagai pemain Bournemouth, saya mahu pasukan ini menang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan