Piala AFF: Perlawanan Hidup Atau Mati - Jurulatih Myanmar

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 5:11 PM

Gerd Zeise (dua, kiri) berjabat tangan dengan Kim Swee sebelum perlawanan pada Sabtu. Foto:AFFSUZUKICUP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan tuan rumah, Myanmar hanya memerlukan keputusan seri apabila bertemu Malaysia pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki pada Sabtu bagi mengiringi Vietnam ke saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan  mencatat satu kemenangan dan satu kalah, manakala Vietnam sudah mengumpul enam mata malah telah layak ke saingan separuh akhir apabila mengumpul enam mata dalam dua perlawanan Vietnam bakal berdepan dengan Kemboja pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Wunna Theikdia pada hari yang sama.

Ketua jurulatih Myanmar, Gerd Zeise menaruh keyakinan tinggi untuk berdepan dengan skuad Harimau Malaysia kelak.

"Anda tidak boleh bermain hanya untuk mata kerana kamu akan tewas. Kami akan cuba menang. Saya tidak akan bermain semata-mata untuk meraih mata (seri).

"Jika ada pemain yang bermain untuk mengejar mata, saya akan tukarkannya kerana itu bukan yang kami inginkan.

"Kita akan lihat esok (Sabtu) prestasi yang akan dipamerkan. Malaysia, sebuah pasukan yang berbeza dengan Kemboja, mereka lebih kuat, dan perlu mencari jalan yang tepat untuk bermain," jelasnya di laman rasmi kejohanan www.affsuzukicup.com.

Malah Zeise turut berwaspada dengan pemain-pemain Datuk Ong Kim Swee.

"Bagi saya pasukan Malaysia sangat menarik ketika mereka bertemu Vietnam.

"Mereka sangat kuat dan jauh berbeza dengan prestasi sebelum ini ketika kami bertemu dalam perlawanan persahabatan. 

"Ia bakal menjadi satu perlawanan sengit kerana dianggap aksi 'hidup atau mati'. Kami tidak mahu mati sekarang," tambahnya.

Sementara itu Kim Swee mengakui perlawanan Sabtu ini memerlukan keputusan yang positif.

"Kami sedar Myanmar kini berada dalam keadaan yang kuat dengan pemain-pemain muda. Lebih yakin dengan itu apabila mereka telah menunjukkan keazaman dan ianya akan membuatkan skuad negara berdepan dengan kesukaran.

"Dalam masa sama, bermain di tempat sendiri adalah satu kelebihan kepada pasukan tuan rumah," jelas Kim Swee.

Sebagai rekod Malaysia merupakan juara 2010, manakala naib juara pada aksi dua tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , Myanmar , Melaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan