Piala AFF Suzuki: Mufti Perlis Harap Kabinet Buat Keputusan Tegas

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin harap jemaah menteri yang bermesyuarat pada Jumaat akan membuat keputusan tegas mengenai kezaliman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya di negara itu.

"Pada pagi Jumaat yang baik ini, marilah kita berdoa agar Allah memberikan kekuatan dan bimbinganNya kepada menteri kabinet yang akan bermesyuarat pada hari ini.

"Kita doakan mereka semua dapat membuat keputusan tegas dan berkesan terhadap kezaliman dan penindasan yang sedang dilakukan  kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan tegas dan berkesan itu penting dalam menzahirkan nilai kemanusiaan, selain melambangkan Malaysia sebagai negara majoriti muslim.

"Dengan keputusan itu, semoga Allah merahmati negara ini dan kepimpinannya," katanya.

Pada Rabu lalu,  Mohd Asri menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Gesaan tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberi jaminan beliau akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Bagaimanapun, Khairy berkata, pendirian KBS mengenai gesaan itu hanya akan diputuskan mengikut keputusan sebulat suara dalam Kabinet.

Tags / Kata Kunci: Mufti Perlis , Piala AFF Suzuki

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan