Malaysia Tak Tarik Diri Piala AFF Suzuki - KJ

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 2:03 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan skuad Harimau Malaysia akan terus bertanding dalam saingan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menggunakan cara lain untuk membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

"Kabinet membincangkan situasi yang dihadapi masyarakat Rohingya di Myanmar. Kami membincangkan apa tindakan Malaysia termasuk memboikot Piala AFF yang sedang berlangsung.

"Kabinet memutuskan untuk tidak menarik diri pada kejohanan itu dan akan menggunakan cara lain bagi meningkatkan kebimbangan serta meminta tindakan diambil supaya apa sahaja yang berlaku di Rakhine akan dihentikan.

"Tindakan diplomatik seterusnya akan diumumkan oleh Kementerian Luar," kata Khairy kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet.

Khairy berkata kerajaan juga sedar bahawa tindakan memboikot perlawanan itu akan memberi risiko kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia di mana badan induk bola sepak negara itu boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Kami amat bimbang dengan apa yang berlaku di Myanmar tetapi kita juga sedar hukuman oleh FIFA," katanya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Piala AFF Suzuki , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan