Piala AFF: Indonesia Iringi Thailand Ke Separuh Akhir - Bola Sepak | mStar

Piala AFF: Indonesia Iringi Thailand Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 11:24 PM

Andik Vermansyah meraikan jaringan gol ketika bertemu Singapura pada Jumaat malam. Foto:EPA

(Ubah saiz teks)

YANGON: Indonesia bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Singapura 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A, sekali gus mengesahkan slot ke separuh akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Rizal Memorial di Manila, Filipina, Jumaat malam.

Kemenangan skuad Garuda itu yang sudah empat kali mara ke separuh akhir pada kejohanan berkenaan, menyaksikan mereka mengiringi juara Kumpulan A, Thailand yang menewaskan tuan rumah bersama, Filipina 1-0 dalam satu lagi aksi di Stadium Philippine Sports di Bulacan, menerusi jaringan Sarawut Masuk pada minit ke-81.

Pada perlawanan di Manila itu, Singapura yang merupakan juara empat kali, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan voli menarik Muhammad Khairul Amri Muhammad Kamal pada minit ke-27.

Indonesia, bagaimanapun bangkit di babak kedua dengan menjaringkan dua golmenerusi Andik Vermansah pada minit ke-62 dan Stefano Lilipaly pada minit ke-81 bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Indonesia akan berdepan juara Kumpulan B, Vietnam di separuh akhir yang akan menggunakan format timbal balik atau aksi di gelanggang sendiri dan lawan pada 3 dan 7 Disember ini.

Sementara, Thailand akan menentang pemenang perlawanan antara Malaysia dan Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan B, Sabtu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala AFF , Kumpulan A
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan