Gerrard Sedia Galas Tugas Di Akademi Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 7:56 AM

(Ubah saiz teks)

STEVEN Gerrard akan kembali ke Anfield untuk menyertai kakitangan kejurulatihan Akademi Bola Sepak Liverpool selepas membuat keputusan mengantung but pada Khamis.

Gerrard, 36, kini sedang meneruskan kursus lesen 'A' UEFA dengan bantuan kakitangan Liverpool.

Keputusan pemain tengah Liverpool dan kapten England itu untuk bersara dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai tawaran dan hasrat untuk kembali semula ke Anfield yang sukar ditolak.

Sejurus selepas pengumuman Gerrard, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyatakan keinginan kelab itu untuk bersatu semula dengan salah seorang pemain terbaik kelab tersebut.

Keputusan Gerrard itu memberi signal awal berhubung niatnya untuk memulakan karier dalam bidang pengurusan.

"Pada masa akan datang saya pasti mempunyai impian dan aspirasi untuk memulakan tugas dalam bidang pengurusan atau membantu pengurus dan kembali terlibat dalam bilik persalinan. Namun saya memerlukan masa bertahun-tahun untuk berbuat demikian.

"Saya amat teruja mengenai masa depan saya dan merasakan saya masih ada banyak untuk diberikan dalam perlawanan atas apa jua kapasiti yang mungkin diberikan," kata Gerrard.

Klopp sentiasa membuka peluang kepada Gerrard untuk memulakan karier kejurulatihannya di Liverpool walaupun dia akan mendapat bimbangan daripada Pengarah Akademi, Alex Inglethorpe dan mentornya, Steve Heighway.

"Pintu sentiasa terbuka untuknya. Bagi pihak kami jika dia mahu memperkayakan kariernya selepas bersara, kami mahu membantunya.

"Amat jelas satu hari nanti pada masa akan datang, ada sesuatu yang bakal diumumkan," kata Klopp.

Persaraan Gerrard mendapat penghormatan daripada legenda bola sepak dunia termasuk pasukan Barcelona.

Gerrard melakukan 710 penampilan bersama Liverpool dengan menjaringkan 186 gol dan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA (dua kali), Piala Liga (tiga kali) dan Liga Juara-Juara pada 2005.

Dia juga mewakili England dalam 114 perlawanan dengan menggalas tugas selaku kapten skuad The Three Lions semasa di bawah pimpinan Fabio Capello dan Roy Hodgson.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrard , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan