Ayuh! Undi Faiz Subri - KJ

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016 iaitu anugerah khas untuk jaringan tercantik.

Peluang Faiz Subri dilihat sangat cerah untuk melayakkan diri ke kelompok tiga terakhir memandangkan ia menggunakan kaedah pengundian secara terbuka, sekali gus memberi peluang kepada rakyat negara ini mengundi menerusi internet.

Menurut Khairy, rakyat Malaysia selalunya sangat cepat viralkan sesuatu terutama kecaman, menghentam seseorang dan benda yang tidak sepatutnya.

"Kali ini apa kata mereka itu menyalurkan kepakaran viral untuk Faiz Subri kerana dia perlukan undian anda.

"Saya juga berharap seluruh lapisan masyarakat dapat menyatakan sokongan dan turut mengundi untuk Faiz Subri," katanya ketika ditemui pada program MyCorps@Timur Tengah.

FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com menyenarai pendek 10 gol menarik dari 30 Sept 2015 sehingga 30 Sept tahun ini untuk Anugerah Puskas yang menyaksikan jaringan Mohd Faiz turut tersenarai.

Mohd Faiz melakukan jaringan itu menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika Pulau Pinang bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb lalu.

Gol itu berjaya mencuri perhatian dunia apabila sepakan lencongnya dikatakan 'melanggar hukum fizik'.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan