Serangan Seksual: NSPCC Lancar Talian Hotline Bantu Pemain Bola Sepak - Bola Sepak | mStar

Serangan Seksual: NSPCC Lancar Talian Hotline Bantu Pemain Bola Sepak

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 5:23 PM

David White.

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Kebangsaan Bagi Pencegahan Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC) melancarkan talian hotline terbaharu untuk mangsa penderaan seksual selepas David White menjadi bekas pemain bola sepak keempat yang mendedahkan menjadi mangsa jurulatih ketika zaman kanak-kanak.

Bekas penyerang Manchester City dan England itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata susulan pendedahan oleh Andy Woodward, Steve Walters dan Paul Stewart dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional berkata jumlah pemain yang menghubungi mereka dengan cerita sama telah mencecah angka dua kali ganda.

NSPCC kini membuka talian hotline khusus untuk pemain bola sepak dengan sokongan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Ketua Eksekutif NSPCC, Peter Wanless berkata; "Mesti ada tempat persembunyian untuk penyalahgunaan seksual dalam bola sepak kebangsaan kita dan mungkin lebih ramai lagi yang mengalami mimpi ngeri semasa muda tetapi tidak pernah tampil membuat pendedahan.

"Kita amat mengalu-alukan komitmen FA untuk membantu pemain bola mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan," katanya.

Pada Rabu, Stewart tampil membuat pengakuan selepas membaca kisah Andy Wooward,43, yang turut mengalami penderaan seksual oleh jurulatih di Crewe, Barry Bennell,61.

Dalam temuramah tersebut, Stewart juga yakin kemungkinan lebih seratus mangsa yang mengalami pengalaman buruk seperti ini tetapi takut kerana ketika itu pedofilia amat berleluasa ketika itu.

Malah Stewart memberitahu 'penyerangnya' bukanlah Bennel kerana lelaki tersebut dipenjarakan pada tahun 1998 dan 2015 kerana kesalahan serangan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.


Tags / Kata Kunci: NSPCC , David White , penderaan seksual
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan