Jose Mourinho Ingin Kekal Lebih lama Di Man United

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho ingin berada lebih lama di Old Trafford bagi mencipta dinasti baru sekaligus mengaburi kejayaan yang pernah dicapai Alex Ferguson di kelab berkenaan.

Berikutan itu juga, jurulatih kelahiran Portugal berkenaan akan mengekalkan Zlatan Ibrahimovic untuk semusim lagi pada tahun depan.

Bercakap mengenai dirinya, Mourinho memberitahu, dia berharap akan diberikan kontrak tambahan selama tiga tahun lagi sebagai usaha mencipta dinasti baru di kelab tersebut.

Pengendali berusia 53 tahun itu berkata, dia memerlukan tempoh yang panjang bagi mencipta sejarah baharu buat United selepas Ferguson berjaya membawa kelab itu di tahap yang digeruni pasukan gergasi seluruh dunia.

"Jika kamu bertanya saya adakah akan kekal lebih lama, saya jawab 'ya'. Saya berada di kelab yang saya inginkan.

"Saya perlu membuatkan diri saya layak berada di sini. Jika suatu hari nanti kelab merasakan diri saya layak, ketika itu saya sangat gembira. Sekarang adalah permulaan.

"Untuk menjadi jurulatih terbaik dalam Liga Perdana Inggeris memerlukan masa. Kejayaan tidak dapat dicipta sekelip mata," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan