FAM Perlu Tetapkan Pendirian Jika Mahu Boikot Piala AFF

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 8:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat ketetapan sekiranya berhasrat memulau dan membawa pulang skuad negara daripada beraksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon,Myanmar. 

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan itu berada di tangan FAM, namun beliau bersetuju dengan langkah tersebut sekiranya terbukti pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingnya dilakukan kerajaan Myanmar.

"Mungkin ia antara pilihan bagi menunjukkan ketidakpuasan menerusi sukan tetapi sekiranya ada kaedah lain yang lebih efektif dan bijaksana, maka saya fikir sukan tidak perlu digunakan untuk perkara berkaitan politik.

"Kadang-kadang pemboikotan melalui sukan, kesan itu tidak sampai. Jika sukan buat boikot tersebut tapi politik tidak ada, tidak jadi apa. Lagi pun untuk Malaysia menarik diri ia perlu diteliti oleh persatuan sukan bukan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui Bernama.

Annuar turut menjelaskan mengikut statut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kerajaan tidak boleh campur tangan secara langsung dalam pendirian sukan tersebut dan amalan politik harus dipisahkan daripada bola sepak.

"Sukan itu melepasi politik, di mana tidak ada politik dalam sukan dan ia lebih bersifat mendukung semangat kesukanan," katanya.

Menurut beliau sekiranya wujud keadaan ekstrem dan menyentuh kewibawaan sesebuah negara, Malaysia boleh membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai sesuatu kejohanan sukan.

Annuar memberi contoh di mana kerajaan Malaysia sebelum ini pernah memboikot penyertaan pada Sukan Olimpik Moscow 1980 kerana membantah serangan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata oleh kerana hal itu berlaku dalam negara Asean, maka ia wajar menggunakan peringkat diplomatik bagi menghentikan penganiayaan terhadap umat Islam minoriti di Rakhine.

Tags / Kata Kunci: Boikot Piala AFF , Tan Sri Annuar Musa , Umno , FAM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan