Liga Juara-Juara: Barcelona, Man City Mara Ke Saingan Kalah Mati

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:30 AM

Messi menyempurnakan dua sepakan penalti untuk Barcelona.

(Ubah saiz teks)

DUA gol jaringan Lionel Messi ketika perlawanan bertemu Celtic awal pagi Khamis menyaksikan Barcelona mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara.

Kedua-dua gol yang dilakukan bintang Argentina itu menerusi sepakan penalti ketika aksi peringkat Kumpulan C berlangsung di Celtic Park.

Kemenangan menerusi sepakan penalti itu membuktikan skuad Celtic yang dibimbing Brendan Rodgers tidak memberi peluang mudah kepada Barcelona, malah mereka turut menguasai permainan pada babak pertama.

Rodgers berkata: "Perlawanan ini membuatkan kami lebih baik selepas turut mencipta peluang untuk menjaringkan gol".

Selain Barcelona yang menempah tiket kelompok 16 pasukan, turut mengiringinya mereka adalah Manchester City yang mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Borussia Moenchengladbach bagi aksi kumpulan yang sama.

City mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Keputusan seri  itu tersebut menyaksikan skuad bimbingan Pep Guardiola itu mencatat lapan mata dan berada di belakang pendahulu kumpulan, Barcelona.

David Silva menyamakan kedudukan untuk City pada minit terakhir babak pertama perlawanan selepas pemain tuan rumah, Raffael membuka jaringan pada minit ke-23.

Tags / Kata Kunci: Kumpulan C , Liga Jaura-Juara , Barcelona , Man City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan