Liga Juara-Juara: Tidak Perlu Panik - Wenger

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:30 AM

Oliver Giroud (kiri) menjaringkan gol pertama Arsenal menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 permainan ketika bertemu PSG awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mengakui bahawa Arsenal tidak perlu panik biarpun kemungkinan akan menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di tempat kedua selepas mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Paris St Germain (PSG) di Stadium Emirates, awal pagi Khamis.

Kedudukan tempat kedua dalam kumpulan ini bakal menyaksikan mereka mencatat rekod kali kelima berturut-turut dan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik buat kali ke-14.

Biarpun terlepas peluang untuk  berada di kedudukan teratas kumpulan, Wenger yakin keputusan itu akan membawa mereka ke aksi kemenangan.

"Saya yakin terdapat semangat yang istimewa dalam skuad ini berdasarkan keputusan konsisten sehingga kini. 

"Kami masih mengekal 18 rekod tanpa kalah (keseluruhan) dan kadang-kala and akan melalui momentum seperti ini, dan keputusan kemenangan amat sedikit.

"Ia berjaya mengelakkan kami daripada tewas tetapi akan mengubah keputusan seri kepada menang. Dan tidak sebab mengapa kami perlu panik.

"Secara keseluruhan kami amat komited," jelasnya.

Pada aksi tersebut, PSG berjaya membuka jaringan awal menerusi Edinson Cavani pada minit ke-18 sebelum Oliver Giroud menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit terakhir separuh masa pertama.

Namun kesilapan pemain Marco Veratti yang menjaringkan gol sendiri memberi kelebihan kepada The Gunners untuk mendahuli kedudukan pada babak kedua.

Bagaimana pun kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila kesilapan yang sama seperti Varatti dilakukan pemain Arsenal, Alex Iwobi minit ke-77 sekaligus keputusan perlawanan kekal dengan kedudukan seri 2-2 sehingga wisel akhir dibunyikan.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan