Spurs Tersingkir, Tewas Kepada Monaco

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 7:28 AM

Kane kecewa selepas Spurs gagal meneruskan kemaraan ke kelompok 16 pasukan terakhir.

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas 1-2 kepada Monaco.

Monaco akan meneruskan kemaraan ke kelompok 16 pasukan terakhir sebagai juara Kumpulan E.

Ia adalah kekalahan ketiga anak buah Mauricio Pochettinos dalam saingan peringkat kumpulan itu.

Spurs akan bertemu CSKA Moscow dalam pertembungan final peringkat kumpulan pada 7 Disember ini untuk merebut tempat ke saingan Liga Europa.

Mereka hanya memerlukan satu mata untuk melayakkan diri ke saingan tersebut.

Monaco mendahului menerusi jaringan Djibril Sidibe pada minit ke-48.

Spurs bangkit apabila Harry Kane menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.

Namun Monaco menjaringkan gol kedua hasil jaringan Thomas Lemar seminit kemudian sekali gus mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat perlawanan.

Pochettino berkata beliau kecewa dengan keputusan itu dan mengakui anak buahnya melakukan banyak kesilapan mudah.

"Kami tersingkir dan kami ada masa untuk mengkaji kelemahan ini. Memang benar kami kecewa tetapi hari ini kami terlepas peluang.

"Saya fikir kami melakukan banyak kesilapan di gelanggang sendiri. Kami tidak layak untuk mara kerana kami tidak mempamerkan persembahan sebenar," katanya.


Tags / Kata Kunci: Tottenhan Hotspur , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan