Saya Didera Seksual Setiap Hari Selama Empat Tahun - Stewart

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 12:53 PM

Paul beraksi bersama Spurs pada tahun 1992.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain England, Paul Stewart mendedahkan bahwa dia menjadi mangsa penderaan seksual oleh jurulatihnya setiap hari dalam tempoh empat tahun.

Stewart yang kini berusia 52 tahun yang pernah tumpuan di Liga Perdana dengan perpindahan besar dari Manchester City ke Tottenham seterusnya ke Liverpool berkata, ketika berumur 11 hingga 15 tahun,  jurulatih telah berjanji untuk menjadikannya sebagai bintang bola sepak.

Ketika ditemubual bersama Daily Mirror, Stewart mendakwa bahawa ketika itu, 'penyerang' terbabit turut mengugut akan membunuh keluarganya sekira dia mendedahkan perkara ini.

"Kejadian itu telah memberi kesan parut yang mendalam sehingga membawa saya kepada masalah dadah dan alkohol. Saya sedar kini proses pemulihan masih berjalan.

"Tahap penderaan tersebut semakin lama semakin teruk. Tetapi saya masih lagi keluar bermain. Ia sekurang-kurang dapat melarikan diri selama 90 minit daripadanya. Jalan terbaik melupakan kejadian itu adalah kejayaan saya dalam karier serta keluarga," ujarnya.

Stewart tampil membuat pengakuan selepas membaca kisah Andy Wooward,43, yang turut mengalami penderaan seksual oleh jurulatih di Crewe, Barry Bennell,61.

Dalam temuramah tersebut, Stewart juga yakin kemungkinan lebih seratus mangsa yang mengalami pengalaman buruk seperti ini tetapi takut kerana ketika itu pedofilia amat berleluasa ketika itu.

Malah Stewart memberitahu 'penyerangnya' bukanlah Bennel kerana lelaki tersebut dipenjarakan pada tahun 1998 dan 2015 kerana kesalahan serangan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.

Tags / Kata Kunci: Paul Stewart , England , seksual

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan